Monday, September 27, 2010

bernilainya dirimu [SAHABAT]...;)


“seorang sahabat lebih berharga dari emas ataupun permata

Kekayaan tidak bisa membelikanmu seorang sahabat

atau membayar kerugian akibat kehilangan seorang sahabat

Setiap orang menginginkan hidup yang sempurna tidak kita dari pelbagai sudut sekali pun… termasuklah dalam persahabatan…semoga aku tergolong dalam golongan sahabat yg baik..MSN Onion Emoticon

AMIN

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

· Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

· Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

· Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

· Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

· Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

· Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

· Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

· Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

· Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

· Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

· Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

· Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

· Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjatuhkan kita.Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.Sedaya upaya, pilihlah sahabat yg membimbing jalan ke syurga. Memberi sokongan di dunia, memberi manfaat di akhirat.Onion IconTiada manusia yang sempurna dan terlepas dari kesilapan. Tetapi manusia itu punyai hati, perasaan insaf dan jalan ikhtiar untuk memperbaiki diri jika berlaku kezaliman. Berusahalah dengan hati yang ikhlas, jika sahabat tidak menghargai diri kita, bertawakkallah & doakan dirinya. Hanya Allah yang akan memberi petunjuk dan pertolongan. Ujian kehidupan di dunia yang fana’ ini akan menapis teman-teman yg benar2 jujur terhadap diri kita.

Wallahua’alam….=)

p/s:walaupun kamoo jauh..kamu xpernah jauh dr hati sy!!kytaan yg xkn berubah smpai bila2...<3

1 comment:

aQu dOt cOm said...
This comment has been removed by the author.
Daisypath Anniversary tickers