Tuesday, July 26, 2011

Indahnya Aturan-Mu Ya Allah

assalamualaikum wbt..

25072011

alhamdulillah..usai sudah hari pertama bekerja kat pesta konvo...

terima kasih ALLAH memberi ku kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup dengan penuh ketabahan..

balik dr kerja terus bersihkan badan, amik wuduk dan mengadap laptop..niat asal nk check assignment2 yg menimbun, tp hold dulu la..bila bukan web ini http://www.iluvislam.com/ dan terbaca 1 artikel yg sngt menyentuh hati..sebak pula hati ni...tajuk artikelnya

INDAH ATURANMU..YA ALLAH

"Ya Allah, aku tidak mampu."

Ada kalanya inilah antara bait-bait kata yang akan terungkap di bibir kita tatkala diuji oleh ujian-NYA.

Sahabatku, di kala hatimu mendung bagaikan awan yang berat dengan titisan-titisan air, yakinlah ada cahaya mentari yang akan menyinari hidupmu selepas itu kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Seringkali kita terlupa untuk memikirkan hikmah di sebalik apa yang menimpa kita kerana kita terlalu fikirkan kesedihan di hati.

Di mana Allah di hati kita tatkala kesedihan itu bermaharajalela? Adakah kita masih ego untuk menadah tangan kepada-Nya terutamanya di sepertiga malam memohon dan bermunajat kepada-NYA?

Sahabat.. indahnya aturan Allah itu tidak dapat dinilai oleh mata hati yang leka dengan kehidupan dunia.

Di saat kita terleka, Allah turunkan ujian tanda sayangnya Allah kepada kita kerana hanya dengan ujian hati kita akan lebih terarah kepada mengingati Allah dan bermunajat kepada-NYA.

Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Ar Ra'd : Ayat 28 :

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."[QS. 13:28]

Teruskanlah keyakinan kita dengan indahnya aturan Allah tetapkan kepada kita.

Dengan sifat redha dan bersabar serta berusaha untuk membaiki keadaan ke arah yang lebih baik adalah kata kunci kepada kehidupan yang diredhai Allah. Keyakinan terhadap indahnya aturan yang Allah tetapkan adalah keyakinan yang mampu membuatkan semangat kita tidak pernah luntur.

Yakinlah sahabat, Allah menyayangimu. Allah merindui ratapanmu kepada-NYA di setiap sujudmu. Allah merindui munajatmu terhadap-Nya di sepertiga malam di kala semua orang sedang nyenyak tidur.

Buatmu sahabat, Allah menyayangi dan mendengar setiap bait doa-doa kita.

Ikhlaskan diri dengan sentiasa berdoa kepada-Nya. Luahkanlah segala isi hatimu kepada-NYA.

Yakinlah, tiada apa yang perlu diragukan dan bertawakallah kepada-Nya, kepada Tuhan yang menciptakan dirimu, diri kita dan juga sekalian alam ini.

Yakinlah, indahnya tawakal kepada-Nya dan halawatul Iman itu akan dapat dirasai oleh orang yang melihat dengan mata hatinya.

Indahnya aturan-MU ya Allah..

bila baca artikel ni,sy dapat asekan apa yg BFF YEN bgtau n sllu pesan,ad betulnya..dia sellu pesan yakinlah ALLAH buat sesuatu mesti ada hikmahnya,,dan skrg sy pasti apa yg terjadi ada hikmahnya..

kita putus shbt..ada hikmahnya..mungkin sy tidak mampu menjadi shabt kamu yang sempurna, tp percayalah,sy telah berusaha untuk membuat diri kamu berasa sempurna dgn khadiran sy..tp sy tetap tidak mampu...sy minta maaf...

titik noktah persahabatn kita di sini sahaja...seperti apa yang kamu mahukan...pensyarah sy Cik Rokiah ada ckp,bila kita xpuas hati ngn seseorang,pantulkan balik pada diri kita,bermuhasabahlah...dan sy juga mengambil langkah berdiam diri untuk bermuhasabah.. jika tindakan sy berdiam diri menimbulkan ketidakselesaan atau membuat kamu berasa terhina,...maaf,sy tidak berniat melakukan begitu...jika dulu kamu bertanya,siapa kamu dalam hidup sy...jawapan sy ialah U'r my everthing,my bff slmanya..tapi jika skrg kamu bertnaya,siapa kamu dalam hidup sy,jwpn sy ialah sy tiada jwpn untuk soalan itu..

insan yang pernah bergelar "BFF"...sy harap sy tidak pernah menjadi seorang insan yng kejam sbb ma n ayah sy xpernah ajar sy untuk kejam..tp sy seorang anak yg jhat kan??xdengar ckp ma n ayah sy??sungguh sy sudah tawar hati dengan perhubungan kita...skit kan bila orang permainkan persahabatn yg terbina sedangkan yang menghulur persahabatan itu adalah kamu sendiri...sy sambut persahabatn ini dengan ikhlas,sy jaga dan sy siram agar persahabatn ini tumbuh mewangi,tp terkadang ia gugur menyembah bumi,bangkit semula apabila dijaga rapi..tp kali ni,tidak lagi..sy tidak mampu menjaga dan sy tidak mampu juga menuai hasilnya sbb hati sy tidak lagi untuk insan seperti kamu..

sy mencintai sahabat sy seperti sy menyayangi diri sy...saya skit apabila shabt sy terluka.....jujur,sy tidak pernah menyesal mengenali kamu..sy bersyukur kerana SEKARANG ALLAH mengurniakan sy PELANGI yg indah...sy hilang kamu,tp sy xbleh lemah sbb sy xnak org yang syg sy lemah bila sy lemah..sy kuat untuk org2 yang menyayangi sy...yang patah tumbuh,yang hilang berganti...tp yang berganti 2 sama x dengan yang hilang??

INSYAALLAH..INDAH ATURANMU YA ALLAH..:')

syukran kepada insan2 yg selalu menguatkan jiwa yg lemah ini...ALHAMDULILLAH..:)




No comments:

Daisypath Anniversary tickers